BNM: Wang Kertas Palsu Malaysia Berkualiti Rendah

204

Hari ini Bank Negara Malaysia memberi respon pada artikel “Beware these slick phonies” yang dikeluarkan oleh akhbar The Star semalam (4 September) yang mengatakan bahawa terdapat wang kertas RM100 dan RM50 palsu di cetak menggunakan kertas yang berkualiti tinggi sehingga sukar untuk dibezakan.

BNM menjelaskan bahwa kes wang kertas palsu kekal rendah dan kebanyakkan terpencil. Kenyataan-kenyataan tentang peredaran wang kertas palsu kebiasaannya akan menyebabkan kebimbangan di kalangan orang awam. BNM mengambil berat sebarang laporan mengenai hal ini. Kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia sentiasa dilakukan supaya setiap tindakan berkaitan dengan laporan wang palsu ini dapat dilaksanakan dengan segera, termasuk kes-kes yang dilaporkan menerusi media artikel.

Bank Negara turut mengatakan, “Bertentangan dengan laporan tertentu, tiada wang palsu Malaysia yang berkualiti tinggi yang dicetak menggunakan kertas yang sama seperti wang kertas sebenar atau menggunakan teknik cetakan yang sama ditemui. Kebanyakkan wang palsu yang dikesan adalah berkualiti rendah, dan dicetak menggunakan kertas dan dakwat yang biasa sehingga mudah untuk dibezakan melalui sentuhan dan penglihatan. Orang awam seharusnya dapat mengenal pasti wang kertas palsu ini”.

Pihak bank dan badan-badan regulasi telah meletakkan garis perlindungan yang mencukupi bagi memastikan wang-wang plasu ini tidak melepasi sebarang sistem kewangan termasuk rangkaian ATM.

BNM menjelaskan, garis panduan bagaimana untuk mengendalikan mereka yang disyaki menggunakan wang palsu telah dikeluarkan kepada industri perbankan, dan langkah-langkah tersebut perlu dipatuhi oleh setiap bank komersial, pengendali wang tunai, juruwang atau mana-mana syarikat yang menjalankan urusniaga dengan tunai. Dengan panduan tersebut, tindakan boleh diambil kepada sesiapa yang disyaki membuat deposit menggunakan wang palsu atau ketika melakukan urusniaga dengan tunai.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat