BOC Nekad Teruskan ‘Hike Rates’, Ini Terjadi Pada Carta USD/CAD!

177

Selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan di awal sesi New York semalam, pasaran turut mengintai keputusan mesyuarat dasar bank pusat Kanada.

Kedua-dua mata wang berikut terima kesan pergerakan yang berbeza pada keputusan bacaan yang diterbitkan itu.

US dolar telah alami penyusutan yang ketara susulan indeks harga pengguna (CPI) AS catat angka yang menurun ke paras 3.0% lebih rendah berbanding ramalan dan semakin menghampiri paras sasaran 2% bank pusat.

Sementara dolar Kanada memanfaatkan peluang untuk mengukuh yang disokong oleh kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas oleh Bank of Canada (BOC).

Gabenor Tiff Macklem memberi isyarat kenaikan kadar masih akan diteruskan lagi selepas ini, menambah potensi untuk Loonie teruskan pengukuhan dalam pasaran.

Reaksi pada carta USD/CAD di sesi New York semalam menyaksikan arah yang jelas dengan pergerakan harga menyambung penurunan ke paras lebih rendah.

Harga menjunam di bawah paras 1.32000 hingga mencecah paras sekitar 1.31430 yang menjadi paras terendah 2 minggu terbaru.

Namun harga dilihat melantun semula ke paras 1.32000 ketika mengakhiri dagangan penghujung sesi New York tersebut.

Pergerakan harga perlahan di bawah 1.32000 menyambung dagangan di sesi Asia dan Eropah hari ini (Khamis).

Harga berpotensi untuk melanjutkan penurunan lebih rendah melepasi paras dicecah semalam menuju ke zon support 1.31000.

Cecah ke zon tersebut akan merekodkan paras terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 10 bulan.

Sebaliknya, jika harga melonjak kembali melepasi paras 1.32000, halangan MA50 akan cuba untuk diuji dan dilepasi sebelum memberi isyarat untuk pergerakan bullish semula.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan boleh disasarkan menuju hingga sekitar 1.33000 yang merupakan paras rintangan harga pada awal minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat