BOE Dalam Bahaya! Inflasi UK Tembus Sasaran Bank Pusat

723

Bacaan data inflasi tahunan UK mengejutkan pasaran dengan peningkatan melebihi sasaran 2% Bank of England (BOE) untuk pertama kalinya dalam tempoh hampir dua tahun, pada bulan Mei.

Menurut data yang diterbitkan Pejabat Statistik Negara (ONS) pada awal sesi Eropah, indeks harga pengguna meningkat 2.1% tahun ke tahun pada bulan Mei, dari 1.5% pada bulan sebelumnya dan mengalahkan jangkaan pasaran untuk kenaikan 1.8%.

Ini merupakan kadar pertumbuhan terpantas pernah direkodkan sejak Julai 2019, yang mencerminkan usaha pemulihan ekonomi dan pembukaan semula yang berterusan telah membuahkan hasil.

Tambahan daripada laporan ONS, angka inflasi yang memberangsangkan ini telah didorong oleh peningkatan harga bahan bakar, pakaian dan barang-barang rekreasi yang lebih tinggi susulan lebih banyak sekatan coronavirus telah dilonggarkan.

Walau bagaimanapun, data tersebut menambah tanda-tanda tekanan inflasi di seluruh dunia, walaupun para pembuat dasar BOE sebelum ini mengatakan bahawa mereka melihat kenaikan harga ini hanyalah sementara.

Hal ini turut membimbangkan ahli ekonomi bahawa kenaikan inflasi ini akan berterusan pada bulan-bulan akan datang susulan pemulihan pesat yang dipamerkan oleh ekonomi UK.

Matawang pound melonjak tinggi susulan pembacaan memberangsangkan ini, dengan pergerakan harga kembali menuju ke paras 1.41000 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat