BoE Kekalkan Kadar Faedah, Implikasi Kemenangan Boris Johnson Akan Diteliti!

158

Bank Pusat England (BoE) mengumumkan pada hari Khamis bahawa pihak mereka mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah sejak Ogos 2018 pada 0.75%. Menurut BoE bahawa ia masih terlalu awal untuk mengukur impak kemenangan Perdana Menteri Boris Johnson yang telah meningkatkan ketidakpastian Berxit terhadap ekonomi.

Hanya 2 daripada 9 penggubal dasar undang-undang BoE yang mengundi penurunan kadar kos pinjaman kerana kekhuatiran pasaran pekerjaan UK akan semakin merosot. Walaubagaimapun majoriti penggubal dasar lebih mengambil pendekatan untuk memerhati dan meneliti buat ketika ini menjelang pertemuan pada 31 Januari nanti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BoE, “tidak ada kepastian setakat ini mengenai sejauh implikasi dasar dalam sektor swasta dan isi rumah berikutan perkembangan dasar dalam negeri baru-baru ini”.

Susulan daripada laporan ini, matawang GBP sempat mengukuh sebelum susut semula. BoE berpendapat bahawa prospek ekonomi global semakin bertambah baik apabila ketegangan perdagangan antara China-AS telah semakin berkurangan.

Selepas kemenangan Johnson dalam pilihan raya pada minggu lalu, UK dijangka akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Januari dengan perjanjian peralihan,dimana BoE berpendapat ia dapat mengurangkan ketidakpastian yang dalam sektor perniagaan.

Bank Pusat memaklumkan bahawa “Pertumbuhan KDNK UK dijangka akan meningkat daripada kadar potensi kerana disokong oleh pengurangan ketidakpastian yang berkaitan dengan Brexit, pelonggaran dasar fiskal dan pemulihan sederhana dalam pertumbuhan global.”

Kadar faedah tidak berubah pada 0.75% manakala kadar inflasi pula dijangka meningkat sedikit ke atas sasaran 2% menjelang akhir tempoh jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat