BoE Kekalkan Kadar Faedah Namun Unjuran Ekonomi Dikurangkan!

421

Bank pusat England pada hari ini mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah seperti yang telah dijangka. Hal ini dijangka akan diteruskan bagi melihat bagaimana pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah memberi impak kepada ekonomi.

Komuniti Polisi Monetari BoE atau MPC telah mengundi kadar pada 0.75% walaupun perkiraan pertumbuhan pada tahun ini dan akan datang dikurangkan berikutan ketidakpastian terhadap Brexit yang dapat memberi impak terhadap keyakinan perniagaan dan pelaburan.

Keputusan BoE itu dikeluarkan selepas beberapa jam laporan sektor pembuatan UK dikeluarkan. Berdasarkan laporan, sektor pembuatan UK menunjukkan pengeluaran berkurangan pada kadar terpantas sejak 2012 dalam bulan Julai.

Menurut pakar ekonomi IHS Marikit, Rob Dobson, penyusutan sektor pembuatan UK berikutan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan, keadaan politik yang tidak stabil dan isu Brexit.

Berdasarkan laporan inflasi sukuan, bank pusat sedang berhati-hati bagi mengelak senario no-deal. Selain itu, laporan tersebut juga menukilkan bahawa syarikat-syarikat menjangkakan pengeluaran, peluang pekerjaan dan pelaburan akan lebih perlahan jika berlaku Brexit tanpa kesepakatan.

Matawang GBP menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.41% pada paras 1.2107. Matawang pound telah jatuh keparas terendah sejak Januari 2017 pada hari ini menjelang keputusan BoE dan telah susut sebanyak 4% pada bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat