BoE Kekalkan Kadar Faedah Pada 0.75% – Ini Ulasan Jangkaan BoE Pada Tahun 2020!

349

Bank Pusat England (BoE) mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras sama pada hari Khamis, dalam masa yang sama institusi itu turut mengatakan bahawa terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi UK semakin meningkat sejak pilihan raya umum yang diadakan pada Disember lalu dan ekonomi global juga semakin kukuh. Justeru tidak perlu lebih banyak rangsangan buat masa ini.

Sebelum ini pemain pasaran kewangan menjangkakan bahawa terdapat 50% kemungkinan kadar faedah akan dikurangkan namun 7 daripada 2 ahli Jawatankuasa Dasar Monetari memilih untuk mengekalkan kadar bank pada 0.75%. 2 orang anggota luar iaitu Michael Saunders dan Jonathan Haskel sekali lagi telah memilih untuk mengundi untuk menurunkan kadar.

Berdasarkan kenyataan BoE dalam Laporan Dasar Monetari suku tahunannya mengatakan bahawa dasar baru perlu diimplimentasikan semula jika isyarat ekonomi masih lemah untuk menyokong pemulihan pertumbuhan KDNK UK. Namun jika pertumbuhan meningkat seperti yang dicadangkan oleh kaji selidik perniagaan sejak kemenangan pilihan raya Perdana Menteri Boris Johnson pada 12 Disember maka berkemungkinan beberapa pengetatan sederhana dasar diperlukan lebih awal.

Setakat ini belum ada rincian yang dikeluarkan oleh BoE adakah pengetatan dasar itu akan terhad atau secara beransur-ansur. Bank pusat menganggarkan ekonomi UK tidak akan berkembang sama sekali dalam tiga bulan terakhir pada tahun 2019, berikutan ketidakpastian politik, risiko yang berkaitan dengan Brexit dan pertumbuhan global yang lemah.

Justeru ini berkemungkinan akan memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2020 dimana BoE meramalkan pertumbuhan KDNK hanya pada 0.8% secara keseluruhan, iaitu pertumbuhan paling perlahan sejak krisis kewangan.

Dalam masa yang sama BoE menambah bahawa mereka turut menjangkakan pertumbuhan akan meningkat pada awal tahun ini. Inflasi pengguna akan kekal dibawah 2% pada tahun 2020 dan 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat