BoE Menepati Jangkaan Pasaran – Kadar Faedah Dikekalkan Pada Kadar 0.75%!

133

Pada hari ini, Bank of England (BoE) telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada hari Khamis berikutan untuk mendapatkan fakta yang lebih jelas terhadap kesediaan UK untuk berundur daripada Kesatuan Eropah.

Bank pusat UK telah memutuskan agar kadar afaedah dikekalkan pada kadar 0.75% seperti yang dijangka. Penggubal polisi berpendapat bahawa jika ketidakpastian Brexit terus wujud, inflasi dijangka akan melemah.Pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi akan kekal dibawah sasaran 2% pada tahun ini.

Tambah mereka pertumbuhan global semakin lemah berikutan perang dagang antara AS-China. Pertumbuhan UK juga telah bertumbuh dengan perlahan namun masih lagi positif.

Ekonomi UK telah mengecut sebanyak 0.2% pada suku kedua dan pada hari ini BoE menjangkakan ia akan melonjak kembali sebanyak 0.2% pada suku ketiga.

Data ini dikeluarkan selepas laporan data kadar inflasi tahunan di UK yang jatuh keparas terendah 3 lalu iaitu pada 1.7%. Susulan daripada laporan data kadar faedah, matawang GBP didagangkan pada paras 1.2447 berbanding US dolar. Manakala matwang Euro didagangkan kukuh berbanding matawang GBP.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat