BOE Naikkan Kadar Faedah, Tapi GBP/USD Junam Hingga 250 Pips!

253

Keputusan mesyuarat bank pusat England malam semalam menepati ramalan, namun Pound beri kejutan tak terjangka kepada pelabur.

Bank of England (BOE) seperti dijangkakan pasaran telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat dasar monetari terbaru, namun Pound bergerak melencong apabila mengalami penyusutan nilai yang ketara di sesi New York.

Ini adalah disebabkan kenyataan susulan oleh bank pusat yang memberi isyarat yang suram terhadap pertumbuhan ekonomi di UK. Unjuran pertumbuhan ekonomi lebih perlahan dengan penguncupan pada 2024 diunjurkan kepada 1% berbanding 0.25% pada mesyuarat terdahulu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD yang menjadi tumpuan pelabur semalam, harga dilihat telah menjunam sehingga 250 pips susulan reaksi mesyuarat tersebut dengan pengukuhan oleh US dolar masih berjaya dikekalkan.

Harga telah membuat penurunan dari paras ketinggian 1.14200 sehingga mencecah paras sekitar 1.11600, dengan kadar penurunan adalah dua kali lebih besar berbanding ketika mesyuarat FOMC.

Isyarat pergerakan trend bearish lebih jelas dipamerkan dengan harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan harga telah susut ke paras terendah 2 minggu.

Pergerakan harga bersambung di sesi Asia pagi Jumaat ini perlahan berlegar di sekitar 1.12000 dengan jangkaan corak penurunan akan masih diteruskan.

Penurunan lanjut harga dilihat akan menuju paras tumpuan seterusnya pada 1.11000 yang sebelum ini telah menjadi paras sokongan buat harga pada dagangan 21 Oktober lalu.

Jika harga susut menembusi paras tersebut, harga dijangkakan boleh mencecah kembali zon 1.09000 untuk rekod terendah harga 3 minggu.

Namun, penganalisis tidak menolak sebarang kejutan boleh berlaku pada dagangan penghujung minggu di samping pelabur menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat sebentar lagi.

Harga berkemungkinan boleh melonjak semula dengan rintangan awal yang bakal menjadi tumpuan dilihat berada pada 1.13000.

Sekiranya melepasi halangan MA50, pelabur akan berwaspada untuk perubahan trend bullish semula dengan sasaran harga untuk kembali ke zon 1.14500-1.15000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat