BOE Semakin Terdesak, Bailey Beri Petunjuk Baru Untuk Kenaikan Kadar Faedah!

175

Gabenor Andrew Bailey berkata kenaikan setengah mata asas dalam kadar faedah mungkin dipertimbangkan pada mesyuarat polisinya bulan depan untuk memerangi inflasi yang terus melambung tinggi.

Dalam ucapan tahunan Mansion House di London, Bailey memberitahu sekiranya bank pusat melihat tanda-tanda inflasi yang lebih berterusan, dan penetapan harga serta upah menjadi petanda sedemikian, mereka perlu bertindak tegas.

Secara ringkas, ini bermakna peningkatan 50 mat asas akan menjadi antara pilihan untuk dipertimbangkan apabila jawatankuasa dasar monetari (MPC) bertemu pada mesyuarat seterusnya.

Selain itu, Bailey juga berkata BOE sedang merangka rancangan untuk mengurangkan pegangan bon kerajaannya yang terkumpul semasa pelonggaran kuantitatif antara £50 bilion dan £100 bilion pada tahun pertama. Program tersebut boleh dimulakan pada September.

Bon kerajaan telah terkumpul sebanyak £875 bilion sejak krisis kewangan 2007-2009. Sebahagian daripada portfolio itu telah dikeluarkan dari kunci kira-kira apabila aset matang.

Proses ini dikenali sebagai pengetatan kuantitatif, dijangka mengukuhkan kesan kadar faedah yang lebih tinggi dengan mengurangkan jumlah wang yang beredar dalam ekonomi.

Bailey berkata tidak perlu ada keraguan tentang pendirian bank pusat untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran 2%.

Kenyataan ini mungkin yang terakhir daripada pembuat dasar BOE sebelum mesyuarat polisi berlangsung pada Ogos. Pelabur kini meletakkan keyakinan bahawa bank itu akan memilih kenaikan 50 mata asas pertamanya sejak 1997.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat