BOE Tepati Ramalan Naikkan Kadar Faedah 0.50%, Namun GBP/USD Gagal Melonjak

221

Mata wang Pound menunjukkan peningkatan nilainya pada Khamis semalam menjelang mesyuarat polisi bank pusat England di sesi Eropah.

Bank of England (BOE) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2.25% pada mesyuarat terbaru semalam, namun gagal memberi impak yang positif untuk Pound pamerkan pengukuhan.

Ini adalah disebabkan perbezaan pandangan para penggubal dasar terhadap nilai kenaikan kadar faedah selanjutnya berbanding persetujuan majoriti seperti sebelum ini.

Justeru, momentum pengukuhan Pound gagal diteruskan dan kembali didagangkan susut semula sehingga penghujung sesi New York apabila pasaran menyaksikan US dolar kembali pulih daripada kejutan campur tangan Jepun di sesi sebelumnya.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga yang pada mulanya membuat penurunan selepas mesyuarat FOMC menyaksikan penurunan ke paras terendah terbaru lagi sejak dagangan 1985.

Hampir menyentuh paras 1.12000 yang menjadi zon support terbaru, harga paparkan lantunan semula sekitar 150 pips mencapai paras ketinggian 1.13500.

Namun, kenaikan dilihat gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut sebelum penurunan disaksikan semula ke sekitar 1.12500 dan harga mendatar di sekitar tersebut sehingga bersambung pada pembukaan awal sesi Asia pagi Jumaat ini.

Isyarat bearish harga masih dinilai dan menambah kecenderungan harga untuk meneruskan lagi penurunan di penghujung minggu ini.

Sekiranya berjaya menembusi zon support 1.12000, paras terendah terbaru 37 tahun bakal dicatatkan lagi dengan sasaran penurunan boleh mencecah ke sekitar 1.11000.

Namun, jika berlaku kenaikan semula, melepasi halangan MA50 akan menyaksikan harga menguji pula paras ketinggian yang dicapai semalam.

Seterusnya, untuk isyarat jelas perubahan trend bullish harga semula akan mendorong harga menuju ke zon rintangan awal minggu iaitu 1.14500.

Pelabur akan berwaspada menantikan pula terbitan data ekonomi bagi menilai sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dan Amerika Syarikat yang bakal mempengaruhi pergerakan kedua-dua mata wang Pound dan US dolar.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat