Boeing Jumpa Cara Untuk Lawan Virus Covid-19

325

Syarikat Boeing semalam mengumumkan akan bekerjasama dengan Universiti Arizona Amerika Syarikat untuk menerapkan teknik lama dalam memerangi Covid-19, pembasmian kuman dengan haba.

Penyelidik mengesahkan bahawa penggunaan haba ke permukaan, terutama pada peralatan dek pesawat yang sukar dibersihkan, dapat menghilangkan SARS-CoV-2 dengan efektif, lapor Agensi Berita Xinhua memetik pengumuman itu.

Bernama melaporkan, dapatan kajian menunjukkan 99.99 peratus virus itu dapat dimusnahkan setelah tiga jam terdedah kepada suhu 50 darjah Celsius.

Virus berkenaan masih dapat dihapuskan dengan berkesan melebihi 99.99% apabila terdedah kepada suhu 40 darjah Celsius.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal dari kabin hingga dek penerbangan adalah keutamaan kami,” kata Ketua Inisiatif Jaminan Penerbangan Boeing (CTI).

“Pembasmian kuman haba memberi pilihan lain dalam memusnahkan Covid-19 pada komponen sensitif dan sukar dicapai yang melindungi juruterbang.”

Boeing menyelesaikan ujian dilakukan di persekitaran makmal yang dilindungi di universiti itu dengan menggunakan bahagian dek penerbangan dan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, pada musim luruh ini.

“Pada asasnya kami memasak virus itu,” kata ahli mikrobiologi Universiti Arizona dan pakar penyakit berjangkit, Charles Gerba. “Pembasmian kuman haba adalah satu daripada cara tertua untuk membunuh mikro-organisma penyebab penyakit. Ia digunakan oleh ahli mikrobiologi di makmal kami setiap hari.”

Ujar Boeing, dek penerbangan direka untuk menahan suhu hingga kira-kira 70 darjah Celsius, membolehkan pembasmian kuman termal sebagai kaedah pembersihan yang selamat, praktikal dan berkesan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat