BOJ Bersedia Untuk Bertindak! Pasaran Melihat Rangsangan Lanjutan Akan Dilakukan Seawal Minggu Hadapan!

419

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda telah mengeluar kenyataan bahawa bank pusat bersedia untuk bertindak tanpa ragu-ragu jika volatiliti pasaran terjadi akibat penularan wabak koronavirus yang telah menjejaskan ekonomi negara. Kenyataan ini menandakan kesediaan bank pusat Jepun untuk melanjutkan rangsangan monetari seawal minggu hadapan.

Penyusutan matawang yen ke paras terendah tiga tahun dan kejatuhan mendadak dalam pasaran saham pada hari Isnin telah menambah tekanan ke atas BoJ untuk meningkat sokongan ke atas ekonomi, dimana ekonomi telah terjejas akibat sekatan perjalanan, pembatalan acara dan penularan wabak.

“Ketidakpastian terhadap prospek ekonomi Jepun semakin meningkat. Sentimen pelabur merosot , dengan pasaran bergerak tidak stabil,” kata Kuroda kepada parlimen pada hari Isnin.

“Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa ragu jika diperlukan dan dalam masa yang sama memberi tumpuan pada impak penyebaran koronavirus, terutama terhadap pergerakan pasaran domestik dan luar negara.”

Terdapat sumber yang menyatkaan bahawa dasar monetari dapat mencegah kemerosotan mendadak dalam sentimen perniagaan. Sumber lain juga menyatakan bank pusat akan meneliti perkembangan sehingga minit terakhir sebelum umumkan langkah-langkah yang akan diambil.

Ekonomi Jepun telah menyusut lebih daripada jangkaan awal pada suku keempat dan kesan wabak koronavirus akan meningkatkan risiko kemelesetan ekonomi.


 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat