BOJ Terus Ketinggalan Di Belakang Susulan Keputusan Polisi Terbaharunya!

429

Bank pusat Jepun (BOJ) mengekalkan dasar monetarinya yang sangat longgar seperti dijangkakan secara meluas, sekali gus memperluaskan lagi perbezaannya dengan bank pusat utama global lain di tengah-tengah inflasi yang melonjak.

Pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada Jumaat, bank pusat memutuskan untuk menetapkan kadar faedah pada -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun sekitar 0%.

Bank pusat itu juga menawarkan untuk meneruskan pembelian bon tanpa had untuk mempertahankan penanda aras hasil bonnya pada 0.25%, mengulangi panduan mengenai operasi pasaran yang dilakukan pada April.

Di samping itu, BOJ turut mengulangi unjurannya terhadap inflasi yang dijangka bergerak sekitar 2% dengan hanya mencatatkan sedikit peningkatan.

Seiring dengan peningkatan kadar faedah oleh bank pusat utama dunia, bank pusat itu memberitahu bahawa ia akan mengikuti dengan teliti kesan turun naik mata wangnya ke atas ekonomi.

BOJ juga dilihat positif dengan mengatakan ekonomi Jepun secara amnya meningkat, walaupun harga tenaga dan makanan semakin meninggi bersama-sama dengan masalah bekalan yang terus memberi beban kepada pemulihan negara dari pandemik Covid-19.

Keputusan yang diambil pada hari ini terus meletakkan BOJ jauh di belakang bank-bank pusat utama dunia yang telah bertindak menaikkan kadar faedah untuk mengekang lonjakan inflasi.

Mata wang yen terus menyusut lebih rendah susulan keputusan ini, menyaksikannya didagangkan pada sekitar harga 133.80 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat