BOJ Yakin Tiada Matawang Kripto Yang Dapat Dominasi Dunia, Termasuk Yuan Digital

106

Ketika ini semua bank pusat sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan matawang digital masing-masing dengan harapan dapat menjadi aset digital utama yang digunakan seluruh dunia.

Berbeza pula dengan pendapat ketua usaha pembangunan matawang digital bank pusat (CBDC) Bank of Japan (BOJ), Kazushige Kamiyama yang menepis idea matawang digital berpotensi mendominasi ekonomi.

Menurut Kamiyama, walaupun bank pusat yang berjaya menghasilkan CBDC dalam masa terdekat akan menerima kelebihan, tidak mustahil pada waktu yang sama kelebihan itu menjadi satu kelemahan.

Sebaliknya, lebih wajar jika semua bank pusat menfokuskan kepada usaha dalam meningkatkan mutu sistem penyelesaian dan bukannya berlumba-lumba untuk menjadi ‘juara’ aset digital.

Sebelum ini, timbalan menteri kewangan bagi urusan antarabangsa Jepun, Kenji Okamura meluahkan kebimbangan terhadap kejayaan China memproses $162 juta dalam transaksi CBDC antara April dan Ogos 2020 melalui ujian pertama, beranggapan berita itu sebagai satu ancaman.

Buat masa sekarang BOJ sedang memantau usaha penubuhan CBDC dari negara-negara besar lain untuk dijadikan contoh penubuhan aset digital kelak yang tidak hanya berdasarkan kepada pendapat sendiri.

Jika CBDC berjaya dilancarkan, BOJ akan menitikberatkan terhadap jumlah pengeluaran aset dan pemilikan entiti aset yang dibenarkan. Ia bertujuan untuk menghalang sebarang perubahan modal dari bank.

 

Anda mungkin juga berminat