Boleh Ke EUR/JPY Pacak Lagi Untuk Capai Paras Tertinggi 4 Bulan?

245

Mari meninjau pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY yang telah berjaya mencapai paras tertinggi 3 bulan dan yang menjadi antara kegemaran para pelabur ini .

Mata wang Euro telah berjaya pamerkan pengukuhan cemerlang berbanding Yen pada dagangan minggu lalu yang dipacu oleh reaksi pasaran terhadap kenyataan positif Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde pada mesyuarat polisi.

Ini telah memberi harapan terhadap pelabur Euro semula selepas pergerakan mendatar harga di sepanjang penghujung Januari lalu.

Sementara Yen berundur dari pengukuhan sebelum ini gagal dipacu oleh sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Lonjakan harga pada carta EUR/JPY minggu lalu menyaksikan harga berjaya mencapai paras ketinggian 132.00 di penghujung minggu, namun harga yang memulakan dagangan awal minggu ini langsung susut semula dari zon tersebut.

Penurunan harga sekadar menguji paras sokongan sekitar 131.400 sebelum harga mendatar di atas paras tersebut sehingga dagangan Selasa semalam.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga masih lagi gagal membuat kenaikan melepasi rintangan 132.00 dan paparkan penurunan di sesi Eropah.

Pergerakan mendatar harga berikut memberi persoalan ke manakah arah harga selanjutnya?

Laporan yang menyatakan Lagarde mengendurkan spekulasi pengetatan polisi bakal memberi tekanan semula terhadap Euro.

Justeru, harga boleh menjunam semula lebih rendah sekiranya Euro didagangkan lemah dalam pasaran.

Penurunan harga yang berjaya melepasi paras sokongan di awal minggu berkemungkinan akan susut lebih rendah dengan paras sasaran seterusnya adalah pada zon support 128.300.

Sebaliknya jika harga berjaya memecut lebih tinggi untuk menyambung kenaikan harga minggu lalu, rintangan 132.00 bakal diuji sekali lagi.

Melepasi paras tersebut akan mendorong harga menuju paras sekitar 133.500 untuk rekodkan paras ketinggian terbaru 4 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat