Boleh Ke EUR/USD Capai Kenaikan Ke Paras 1.19000 Hari Ini?

764

Dagangan US dolar pada sesi New York kembali pamerkan pengukuhan semula selepas bergerak lemah utnuk beberapa sesi sebelumnya.

Pengukuhan matawang Amerika Syarikat (AS) tersebut adalah didorong oleh data tuntutan faedah pengangguran di AS yang diterbitkan. Walaupun masih tinggi, namun bacaan terbaru adalah yang pertama kali sejak Mac mencatatkan bacaan bawah 1 juta iaitu 963,000.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mula membuat penurunan semula selepas mencapai paras ketinggian harian semalam pada 1.18600.

Matawang Euro turut bergerak lemah ekoran faktor peningkatan kes Coronavirus di Eropah. Jerman dilaporkan lebih 1,200 kes baru, peningkatan kes harian terbesar dalam tempoh lebih 3 bulan.

Perkembangan vaksin terus dipantau pelabur dengan laporan positif akan kembali meningkatkan keyakinan pelabur dalam pasaran.

Penurunan harga pada carta EUR/USD kembali ke zon RBS (resistance become support) pada 1.18000.

Harga dilihat masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) dengan jangkaan pergerakan harga akan menguji paras tersebut.

Jika gagal bergerak lebih rendah, harga dijangka akan kembali pantul membuat kenaikan semula menuju zon resistance 1.19000.

Namun jika penurunan harga berjaya lepas zon RBS 1.18000, paras sokongan pada 1.17200 dilihat akan menjadi tumpuan harga.

Tumpuan pelabur akan terarah pada data pertumbuhan GDP Eropah untuk suku kedua pada sesi Eropah serta data jualan runcit AS yang akan diterbitkan pada sesi New York.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat