Boleh Ke EUR/USD Capai Ketinggian 1.1900 Hari Ini?

487

US dolar bergerak lemah dalam pasaran awal minggu dengan beberapa isu utama menjadi tumpuan pelabur khususnya di Amerika Syarikat (AS).

Sekatan yang kian meningkat di AS serta kelancaran proses peralihan Joe Biden sebagai Presiden mengimbangi sentimen pasaran.

Meningkatkan lagi sentimen vaksin, Moderna menjadi syarikat farmasi AS kedua dalam masa seminggu yang melaporkan keputusan positif ujian vaksin Covid-19.

Namun, reaksi pasaran terhadap perkembangan positif vaksin tidak begitu memberangsangkan berikutan AS dilihat bergelut untuk membendung gelombang kedua jangkitan, serta terdapat jangkaan untuk agihan vaksin tidak akan tersedia dalam masa yang terdekat.

Langkah pembendungan virus di AS dan Eropah kini dilaporkan menunjukkan isyarat yang lebih baik, namun sistem kesihatan masih berada dalam tekanan.

Mata wang Euro berjaya menunjukkan peningkatan berbanding US dolar namun pada kadar yang dilihat perlahan.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah pamerkan penurunan di sesi Eropah semalam menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga.

Harga kembali meningkat semula pada sesi New York sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan menguji zon resistance pada 1.19000 yang menjadi rintangan kenaikan harga minggu lalu.

Kenaikan seterusnya bakal menuju ke paras ketinggian 1.20000 untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 2 bulan.

Namun jika harga kembali menjunam semula di bawah paras sokongan MA50, paras sekitar 1.18000 akan menjadi zon sokongan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat