Boleh Ke GBP/USD Bertahan Atas $1.2700 Minggu Ini?

123

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada pembukaan awal minggu semalam dilihat tidak meneruskan corak penurunan seperti minggi lalu.

Ini berikutan penyusutan yang berlaku semula pada US dolar dipengaruhi oleh perubahan sentimen pasaran global yang memulih ketika ketidaktentuan politik di Eropah mula mereda.

Namu, penganalisis tidak menolak potensi untuk US dolar kembali mengukuh semula minggu ini selepas nada hawkish yang masih dikekalkan pada mesyuarat FOMC minggu lalu.

Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) akan dipantau pada sesi New York malam ini yang dijangka memacu pergerakan US dolar.

Sementara untuk Pound pula, data inflasi UK akan diperhatikan pada Rabu sebelum tumpuan akan terarah pada keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.

Memerhati carta GBP/USD minggu lalu, harga telah jatuh terbenam hingga mencecah paras 1.26600 yang menjadi paras terendah dagangan untuk tempoh 4 minggu.

Pada Isnin semalam juga, sekali lagi paras 1.26600 itu diuji namun berjaya menjadi sokongan untuk melantunkan harga naik semula melepasi paras 1.27000.

Pergerakan perlahan harga di sesi Asia pagi ini (Selasa) dilihat berlegar-legar pada zon 1.27000 itu sambil pelabur menilai petunjuk harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sekiranya harga berjaya melonjak dari zon 1.27000, pergerakan harga lebih positif dan cenderung untuk menuju semula ketinggian 1.28000 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan minggu sebelum ini.

Sebaliknya jika terperosok jatuh di bawah 1.27000, akan memberi petunjuk untuk harga menyambung corak bearish minggu lalu.

Penurunan lebih rendah selepas melepasi sokongan 1.26600 akan menjangkakan sasaran pada sekitar 1.26000 untuk dicecah harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat