Boom! Akhirnya Emas Bergerak Lebih Tinggi

1,046

Logam kuning emas kembali meningkat di atas harga $1,800 per auns selepas penerbitan data inflasi AS yang lebih lemah daripada dijangkakan telah mendorong penjualan US dolar dan hasil bon merosot rendah.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan stabil pada $1,803 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit merosot pada $1,805 per auns.

Harga emas telah menyentuh paras terendah dua minggu pada $1780 per auns sebelum kembali melonjak tinggi pada $1,808 per auns ketika sesi New York.

Walaupun harga emas sepatutnya merosot disebabkan pertumbuhan inflasi yang perlahan, tetapi disebabkan penyusutan hasil bon AS, ia telah memberi peluang kepada logam berharga untuk meningkat.

Harga pengguna AS tanpa dijangka meningkat dengan kadar yang lebih perlahan pada Ogos, dengan inflasi teras hanya mencatat kenaikan kecil sebanyak 0.1%, sekali gus menimbulkan keraguan pasaran terhadap pengurangan rangsangan oleh Federal Reserve (Fed) akan dilaksanakan tahun ini.

Namun begitu, kelemahan ini hanya mendorong penyusutan sementara buat US dolar yang menyaksikan raja matawang itu kembali meningkat seiring dengan matawang safe-haven lain disebabkan kesuraman pasaran saham AS.

Emas masih bertahan di atas harga $1,800 per auns, meskipun dengan kenaikan semula US dolar pada sesi Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat