Boom! BTC Meletop Tembus $30,000!

416

 “Dah tembus 30K, sekarang BTC nak sasar $31K pula ke?”

Menjelang terbitan laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) minggu ini, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya mendaki ke paras tertinggi baharu 10 bulan pada Isnin semalam, namun S&P 500 malangnya mengalami kejatuhan lebih awal.

Rentetan itu, komuniti kripto berharap laporan CPI pada minggu ini dapat melonjakkan lagi harga BTC melebihi $30,000 susulan ia adalah data penting untuk Federal Reserve (Fed) AS menentukan kenaikan kadar faedah semasa mesyuarat Jawatan Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya di awal Mei.

Dilaporkan bahawa seluruh pasaran kripto turut melihat momentum positif apabila harga BTC melepasi paras $29,000, tetapi aset digital tersebut didapati canak selepas modal pasaran Tether (USDT) meningkat.

Susulan itu, para pedagang sungguh yakin pergerakan harga BTC berpotensi untuk menyaksikan kenaikan drastik dalam masa terdekat ini kerana BTC halving* mungkin akan berlaku pada 28 April 2024.

*ganjaran untuk urus niaga BTC mining dipotong separuh

Diperjelaskan lebih lanjut, situasi halving tersebut bukan sahaja dapat memberi impak positif terhadap BTC malah pasaran kripto, di mana ganjaran block aset digital itu akan berkurangkan pada 3.125 syiling dalam tempoh 383 hari.

Oleh demikian, pedagang termasuk pelabur meramalkan harga BTC bakal menembusi paras $69,000 hingga $100,000 pada tahun 2024.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC berjaya melonjak sebanyak 6.47% mencapai paras $30,149 dengan modal pasaran $583 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir dan catatkan keuntungan 8.62% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat