Boom! Bursa Malaysia Meletup, Belian Saham Naik 4 Kali Ganda!

1,264

Hari ini (Selasa), Bursa Malaysia mencatatkan aliran peningkatan sehingga tengahari tadi hasil sokongan belian dalam saham wajaran tinggi.

FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak 7.95 mata kepada 1,453.13 daripada 1,445.18 ketika ditutup pada minggu lepas. Indeks utama itu dibuka 0.28 mata lebih rendah kepada 1,444.90.

Mengikut keseluruhan pasaran, kaunter yang meraih keuntungan adalah sebanyak 430 dan kaunter yang rugi adalah 392. 415 kaunter tidak menunjukkan perubahan dan 1,142 kaunter tidak didagangkan dan sembilan- yang lain digantung.

Nilai keseluruhan dagangan adalah 1.88 billion unit yang berharga RM 871.43 Juta.

Tepat 12.30 tengahari tadi, saham wajaran tinggi Bursa iaitu Public Bank naik empat sen kepada RM4.20, Genting melonjak 15 sen kepada RM4.30, Petronas Chemicals dan Maxis masing-masing menambah tujuh sen kepada RM7.26 dan RM4.10. Maybank dan CelcomDigi pula bertambah empat sen kepada RM9.12 dan RM4.29.

Manakala, saham aktif seperti Hong Seng dan Widad sama-sama naik setengah sen iaitu kepada 5.0 sen dan 46 sen. Fitters pula mendatar pada 5.5 sen.

Selain itu, pelabur runcit tempatan melanjutkan jualan bersih mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan nilai berjumlah RM125.5 juta.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam kalangan pelabur asing iaitu sebanyak 8.5%, peruncit tempatan 10.1% dan institusi tempatan 11.2%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat