Boom! Emas ‘Meletup’ Di Tahun Baru

691
  • Emas kukuh pada awal dagangan 2023
  • Emas tutup 2022 dengan mendatar
  • Minit mesyuarat FOMC jadi tumpuan

Emas didagangkan lebih kukuh pada Selasa, dengan tumpuan pelabur disasarkan kepada terbitan laporan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) pada awal pagi Khamis.

Meneliti pergerakan harga pada sesi Asia, emas meningkat pada $1,838 per auns, tertinggi 6 bulan. Sementara niaga hadapan emas pula lebih kuat pada sekitar harga $1,843 per auns.

Pembalikan semula harga dalam dagangan US dolar tampaknya memberi dorongan untuk emas memperpanjangkan pengukuhan.

Raja mata wang itu pada mulanya meningkat pada pembukaan dagangan sesi Asia bersama-sama safe-haven yen, namun ia kembali mengurangkan keuntungan tidak lama selepas itu.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada minit mesyuarat FOMC untuk mendapatkan petunjuk baharu mengenai hala tuju seterusnya dalam penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Turut menjadi fokus adalah keluaran data pekerjaan NFP Amerika Syarikat bagi menentukan tahap kesihatan pasaran buruh dan ekonomi di negara itu setelah beberapa siri pengetatan agresif Fed dilaksanakan.

Dalam pada itu, logam kuning emas ditutup mendatar pada akhir dagangan 2022 susulan peningkatan hampir 9% pada suku keempat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat