BOOM!! EUR/USD Melonjak Susulan Mesyuarat FOMC

475

Pasaran kewangan digegarkan oleh keputusan mesyuarat FOMC di awal pagi Khamis oleh Federal Reserve (Fed) dengan kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell menjadi petunjuk utama kepada pelabur.

Secara kesimpulannya, Fed masih mengekalkan polisi yang longgar dan kadar faedah juga dikekalkan tidak berubah.

Dengan unjuran kadar faedah tidak akan dinaikkan membuatkan pelabur melepaskan pegangan US dolar walaupun Powell memberi keyakinan terhadap prospek pemulihan ekonomi sehingga 2023.

US dolar ketara mengalami penyusutan susulan keputusan mesyuarat dan ucapan oleh Powell walaupun pada awal sesi New York US dolar dilihat bergerak sedikit meningkat yang disokong oleh peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) ke paras tertinggi terbaru untuk tempoh lebih 1 tahun.

Mata wang utama yang lain kembali meningkat dengan kelebihan situasi penyusutan US dolar seperti yang dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang utama.

Pada carta pasangan EUR/USD, harga bergerak mendatar sejak sesi Asia semalam di paras 1.19000 yang merupakan zon sokongan harga.

Namun, selepas keputusan mesyuarat FOMC harga telah melonjak sekitar 80 pips menuju semula ke paras rintangan 1.2000 pada zon SBR (support become resistance) sebelum pergerakan harga perlahan semula sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Sedikit penurunan dipamerkan harga pada awal sesi Asia namun harga dijangka akan meningkat semula dari zon 1.19600 untuk menyambung momentum kenaikan pada sesi sebelumnya.

Zon SBR 1.20000 bakal ditembusi harga sebelum kenaikan harga yang diteruskan akan menuju zon tumpuan 1.20600-1.20900.

Sekiranya harga menjunam semula, paras 1.19000 masih dilihat sebagai paras sokongan buat harga dan jika harga jatuh lebih rendah, paras sokongan lebih rendah adalah pada zon 1.18000 yang perlu pelabur beri tumpuan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat