Bored Ape Yacht Club (BAYC) Bakal Sertai Metaverse, Miliki APECoin!

260

Pengeluar NFT terkenal, Bored Ape Yacht Club (BAYC) – Yuga Labs bercadang untuk hasilkan unjuran nilai bersih sebanyak $455 juta tahun ini melalui projek penjualan tanah maya di metaverse dan penghasilan token APECoin.

Berdasarkan rekod, pada tahun lepas Yuga Labs berjaya meraih keuntungan hampir $130 juta dan sedang mencari peluang dari kalangan pelabur untuk menambah lagi dana tambahan.

Secara tidak langsung, ini juga mengesahkan bahawa mereka mensasarkan penilaian $5 bilion yang menjadi perbualan ruang NFT.

Bagi merealisasikan projek penjualan tanah metaverse, Yuga Labs akan hasilkan platform aplikasi (app store) yang membolehkan pengguna untuk menjual dan buat semula (redo) NFT di ruang maya baharu.

Jika benar projek ini dilaksanakan, sebanyak 200,000 plot akan dijual sepanjang Mac-Ogos dengan beberapa tapak akan dimiliki oleh Yuga Labs sendiri; Animoca juga akan mendapat plot yang ditawarkan susulan daripada penubuhan permainan perlumbaan untuk Yuga Labs; dan beberapa tapak di metaverse akan disimpan untuk Apes, Mutants, Dogs, Meebits, serta CryptoPunks.

Seperti yang disebut tadi, Yuga Labs juga akan mempromosikan permainan berdasarkan metaverse yang dikenali sebagai MetaRPG dan sesuai dengan NFT ditawarkan.

Manakala APECoin pula akan digunakan untuk sebarang pembelian di app store, sekaligus mendorong kepada aktiviti jual beli dan pertukaran tanpa tunai (barter).

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat