Boris Johnson – Ini Kesimpulan Terbaik Dalam Isu Brexit!

473

Perdana Menteri Boris Johnson mengeluarkan kenyataan yang membimbangkan pada hari Jumaat bahawa telah tiba waktunya untuk bersiap sedia berhadapan dengan situasi ‘no deal’ yang berbaki 10 minggu lagi. Hal ini kerana Kesatuan Eropah telah menolak untuk berunding dengan serius namun jika memberi keuntungan dua belah pihak maka beliau akan mempertimbangkannya.

Situasi ‘no deal’ dapat memberi impak yang lebih hebat daripada yang sedang dihadapi seperti goncangan dalam rantaian bekalan. Dalam sidang kemuncak Brexit pada hari Khamis, EU menyatakan bahawa pihak mereka prihatin dengan kurangnya kemajuan dan meminta pihak UK untuk memberi tumpuan pada isu-isu utama atau memilih untuk tidak melakukan perjanjian.

Menurut Johnson, ‘saya telah  membuat kesimpulan bahawa kita (UK) harus bersiap sedia berhadapan dengan situasi 1 Januari ini dengan menyusun rangka perlaksanaan seperti yang diterapkan oleh Australia.

Beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa pihak UK bersiap sedia untuk melaksanakan langkah alternatif dan UK dapat menjadi negara perdagangan bebas, mengendalikan dan menetapkan undang-undang sendiri.

Disisi berbeza, sumber lain melaporkan bahawa EU masih berharap dan bersedia untuk lebih banyak perbincangan perdagangan di Britain pada minggu depan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat