Boris Johnson Tangguhkan Potongan Cukai Korporat Untuk Raih Undi!

169

Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin bahawa beliau akan menangguhkan potongan cukai korporat lanjutan dan dalam masa yang sama beliau menyatakan bahawa wang tersbut akan digunakan untuk perbelanjaan kesihatan dan beberapa perbelanjaan yang utama.

Komen yang diutarakan oleh Boris Johnson menyentuh beberapa isu utama mengenai pilihan raya yang bakal diadakan pada 12 Disember. Beliau telah mengutarakan sebuah pelan tentang bagaimana beliau akan menggunakan wang penangguhan cukai korporat dalam meningkatkan perbelanjaan perkhidmatan awam.

” Kami sedang menangguhkan potongan lanjutan ke atas cukai korporat” kata Johnson dalam persidangan yang dianjurkan oleh Confederation of British Industry. Tambah Johson, ” Keputusan ini akan menjimatkan $7.8 billion dimana kita dapat gunakan penjimatan tersebut kepada rakyat UK termasuk NHS (National Health Service).

Cukai utama korporat UK merupakan antara cukai yang terendah dalam dunia tetapi kerajaan merancang untuk mengurangkannya lagi daripada 19% kepada 17% pada tahun hadapan.

Johnson yang mengumumkan pilihan raya sedang berusaha untuk mendapat kemenangan majoriti di parlimen bagi membolehkan beliau meneruskan pelan yang dirancang untuk pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah. Johnson juga mengatakan bahawa beliau akan mengekalkan Javid sebagai Menteri Kewangan jika parti Konservatif memenangi pilihan raya.

Disisi lain, pertumbuhan zon Eropah telah stabil dan pelan rangasngan Bank Pusat Eropah (ECB) kelihatan membuahkan hasil berdasarkan kenyataan pengerusi Bank pusat Slovenia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat