Boris Johnson Terpaksa Lupakan Niat Enggan Kuarantin Diri

352

Perdana Menteri UK, Boris Johnson akan menjalani kawalan kendiri selepas beliau dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan Setiausaha Kesihatan Sajid Javid yang disahkan positif Covid-19 pada hujung minggu.

Pada hari Jumaat, 16 Julai, PM Johnson mengadakan pertemuan secara langsung dengan Sajid Javid, Setiausaha Kesihatan UK yang baru dilantik dan Menteri Kewangan Rishi Sunak.

Bagaimanapun, pada keesokan harinya, Javid mengumumkan di laman Twitternya bahawa beliau telah disahkan positif Covid-19.

Pada mulanya Downing Street mengumumkan bahawa PM Johnson dan Rishi Sunak tidak akan menjalankan kuarantin, sebaliknya akan mengambil ujian Covid-19 setiap hari sebagai salah satu ‘percubaan’ kepada rancangan terbaru oleh kerajaan.

Namun begitu, setelah menerima kecaman rakyat dan tuduhan ‘double standard’ terhadap ahli politik, Boris Johnson menarik semula rancangan tersebut dan memberitahu akan menjalani kawalan kendiri.

Kontroversi itu timbul ketika negara itu bersiap untuk menghapuskan semua sekatan coronavirus di England pada hari ini, ketika angka kes harian terus menunjukkan peningkatan.

Berikutan daripada varian Delta yang sangat cepat menular, kes Covid-19 di telah meningkat selama berminggu-minggu di Britain. Lebih 54,000 kes baru telah dilaporkan pada hari Sabtu, iaitu jumlah harian tertinggi pernah dicatatkan sejak Januari.

Jumlah kes harian dijangka akan mencecah sehingga 200,000 setiap hari selepas semua sekatan diangkat semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat