Boris Johnson : UK Akan Cuba Meterai Perjanjian Dan Berundur Daripada Kesatuan Eropah Pada 31 Oktober!

324

Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa beliau bertekad untuk mendapatkan perjanjian Brexit dan membawa keluar UK daripada Kesatuan Eropah pada Oktober 31.

“Kami akan berusaha untuk dapatkan perjanjian dan berusaha keras untuk mementerainya”. Beliau menambah bahawa beliau kini akan ke Brussels dan melakukan dialog di beberapa bandar Eropah.”

Dalam masa yang sama, beliau mengatakan bahawa terdapat cara untuk mendapatkan perjanjian tetapi ia memerlukan usaha yang keras. Justeru, dalam masa yang sama kita perlu bersedia untuk berundur tanpa perjanjian.

Sementara itu, isu hangat di Parlimen Britain masih menjadi perhatian para pelabur dengan keputusan undian bagi halangan Brexit tanpa perjanjian sedang dinantikan.

Dalam pada kekecohan yang berlaku, jurucakap Dewan Parlimen UK, John Bercow mengumumkan bahawa beliau akan berundur dari jawatan tersebut pada 31 Oktober iaitu hari pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

Dagangan Pound Sterling masih mengekalkan momentum pengukuhan yang dikecapi semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat