Boschs Kini Bersahabat Dengan Fetch.ai (FET)! Ada Agenda Baru?

530

Bosch Group yang merupakan pembekal alatan teknologi dunia umumkan jalinan kerjasama dengan Fetch.ai bagi memulakan rangkaian blockchain pelbagai guna. Misi yang digalas adalah untuk memajukan dan meningkatkan kemampuan Web 3.0 seperti kecerdasan buatan.

Pembekal teknologi global Bosch dan makmal kecerdasan buatan, Fetch.ai, bekerjasama menggunakan teknologi blockchain untuk pengunaan yang lebih praktikal. Tumpuan utama adalah pada pengembangan teknologi machine learning (ML) untuk pengurusan blockchain.

Fetch.ai memulakan program testnet pada Oktober 2020 dan kini syarikat itu akan bekerjasama dengan Bosch bagi memulakan kajian bersama menjelang pelancaran mainnet pada bulan Mac. Jonathan Ward, CTO Fetch.ai, mendedahkan bahawa beliau dan syarikatnnya sudah memulakan perbincangan dengan Bosch dalam satu jangka masa.

Dalam keterangan ringkas, dinyatakan bahawa projek itu sebagai langkah pertama dalam mengoperasi satu ekosistem digital terbuka,telus dan adil dalam dunia digital.

Menurut Ward, kami tidak sabar untuk berkerjasama dengan Bosch bagi menerapkan aplikasi yang lebih luas dan lebih inovatif , dimana ia akan memberi manfaat bagi pengguna dan perniagaan dari pelbagai industri.

Matawang kripto Fetch.ai kini didagangkan pada paras tukaran $0.2856 seunit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat