Break Kejap, Gayat CPO Canak Tinggi Haritu

290

‘Secara teknikalnya, harga sedang membuat pembetulan, mungkin masa terbaik untuk masuk line.’

Harga minyak sawit mentah (CPO) mengundur seketika dari rekod tertinggi walaupun terdapat jangkaan pengurangan stok di ladang ke-2 terbesar di Malaysia dan kebimbangan yang kembali memuncak di rantau Laut Hitam.

Pada Selasa (2 Mac), CPO mencatat kenaikan 7.1% ke paras tertinggi RM7,108 sebelum menurun 5.8% pada RM6,415 dan jatuh lagi pada RM6,412 semasa sesi dagangan harini (4 Mac).

Pengarah Pelindung Bestari, Paramalingam Supramaniam, menyatakan harga cuba mencari paras bawah namun asas minyak sawit kekal menarik dengan stok simpanan menurun dan ketersediaan minyak makan yang ketat di seluruh dunia secara tidak langsung menambah minat belian.

Menurut sumber, inventori di Malaysia jatuh ke paras terendah 14 bulan pada akhir Febuari ekoran pengeluaran merosot bagi 4 bulan berturut-turut kerana kekurangan buruh yang kronik.

Dalam pada itu, harga minyak masak, yang kepelbagaian guna melambung tinggi apabila perang Rusia-Ukraine menyebabkan pengurangan pasaran minyak, seterusnya menambah risiko inflasi makanan.

Untuk lebih memahami mengenai faktor kepada kenaikan harga minyak masak, anda boleh baca laporan mengenainya yang pernah pihak Intraday.my terbitkan di sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat