Brexit Bakal Meletakkan 10,000 Pekerjaan dalam Sektor Kewangan Britain ke ‘Tali Gantung’

60

Pegawai tertinggi dalam sektor kewangan mengatakan bahawa berpuluh-puluh ribu pekerjaan dalam sektor kewangan Britain boleh musnah sekiranya pasaran tidak lagi mendapat akses terhadap blok.

Buat masa ini, London telah menjadi hub kewangan terbesar di dunia dan mendominasi kontrak kewangan di Zon Euro. Kebanyakan penggubal dasar Eropah juga mahu beralih ke Zon Euro selepas Brexit jika akses ini ditamatkan.

Xavier Rolet yang juga Ketua Eksekutif Bursa Saham London mengatakan bahawa jika tidak terdapat sebarang kepastian apa yang bakal terjadi dengan Britain selepas Brexit, pelanggan yang bertapak di London pasti akan meninggalkan tempat tersebut.

Puluhan ribu pekerjaan yang datang dari perkhidmatan lain seperti perisian dan IT, pengurusan risiko serta kakitangan pentadbiran juga bakal angkat kaki berikutan kebimbangan terhadap kesan Brexit apabila rundingan rasmi bermula Mac nanti.

Kata Rolet lagi, bagi mengelakkan hal ini terjadi, peraturan sedia ada perlu dikekalkan sehingga 2022 untuk mengelakkan sebarang gangguan yang boleh menjejaskan kestabilan pasaran kewangan.

Bank-bank yang beroperasi di London juga akan meneruskan rundingan dengan pegawai Eropah kerana mereka perlu meyakinkan kerajaan British agar kekal mendapatkan akses kepada pasaran EU.

Pengerusi Bank HSBC juga mengatakan bahawa penghijrahan ini dikaitkan dengan akses masuk ke pasaran EU dan bergantung kepada kerajaan Britain untuk berunding bagi mendapatkan akses berkenaan.

Buat masa ini seluruh blok iaitu 28 negara yang bertapak di Britain mempunyai akses ke Zon Euro termasuk JPMorgan, Citigroup dan Deutsche Bank yang menggaji ribuan kakitangan sokongan di seluruh Britain.

Komoditi Berharga Menjadi Tumpuan dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat