Brexit : Ini Isu Utama Yang Bakal Dititikberatkan Dalam Rundingan UK-EU!

271

Ketua perunding UK, David Frost dan Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier akan mengadakan pertemuan rasmi pertama untuk rundingan mengenai hubungan perdagangan antara UK dan EU pada hari ini.

Berikut merupakan beberapa isu yang menjadi tumpuan utama dalam rundingan yang bakal berlangsung di Brussels.

Perjanjian perdagangan dan persaingan adil

Kedua-dua mahukan perjanjian perdagangan bebas dengan tarif dan kuota sifar, iaitu tiada sekatan ke atas kuantiti import dan eksport. Namun, EU mengenakan syarat kepada UK untuk selaras dengan peraturan EU untuk mengelakkan persaingan kepada syarikat di Eropah.

Kerajaan UK enggan bersetuju untuk menyelaraskan peraturannya dengan EU, malah menuntut supaya EU menawarkan perjanjian seperti yang ditandatangani bersama Kanada kepada mereka.

Perikanan

Mandat rundingan EU yang diterbitkan minggu lepas dengan jelas menyatakan bahawa apa-apa perbincangan mengenai perdagangan mesti bermula dengan peraturan penangkapan ikan, di mana EU diberikan akses terbuka ke perairan British dan kekal di bawah pengurusan Dasar Perikanan Umum Britain.

Peranan Mahkamah Keadilan Eropah dalam penyelesaian pertikaian

EU mencadangkan supaya Mahkamah Keadilan Eropah supaya diberikan kuasa untuk membuat keputusan dalam pertikaian yang timbul antara kedua-dua pihak.

Perkhidmatan Kewangan

Michel Barnier memberitahu City of London bahawa syarikat-syarikat perkhidmatan kewangannya mesti menerima peraturan EU jika mahukan akses ke pasaran blok itu selepas Brexit.

Keselamatan

EU yang menyasarkan perjanjian luas dan komprehensif, memberi amaran kepada Britain bahawa perjanjian memerangi jenayah akan berakhir serta merta jika UK memilih untuk keluar daripada konvensyen Eropah mengenai hak asasi manusia.

Pengangkutan

Pemandu lori dari UK tidak lagi mempunyai hak yang sama untuk proses penghantaran barangan antara di antara EU dan UK.

Namun, akses ini bergantung kepada kerajaan jika UK mengekalkan piawaiannya dengan EU mengenai hak-hak pekerja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat