Brexit: Tumpuan Utama Kini Tertumpu Pada Meraih Undi Parlimen!

548

Pada hari ini, UK telah mementerai perjanjian Brexit dengan Kesatuan Eropah selepas lebih 3 tahun rakyat UK mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Namun hal ini bukanlah pengakhiran, Perdana Menteri Boris Johson harus memenangi undian di parlimen jika mahu perjanjian tersebut dipersetujui.

Perjanjian Brexit akhirnya berjaya mencapai kata putus selepas beberapa tahun dan rantaian perbincangan.

Pemimpin Eropah,Jean-Claude Juncker telah memuat naik kenyataan di laman Twitter beberapa jam sebelum persidangan EU di Burssels iaitu, “dimana ada kemahuan, maka disitu ada perjanjian.

Dalam persidangan dengan Johnson, Juncker telah mengatakan bahawa tidak perlu penangguhan pengunduran UK daripada EU dan rundingan perhubungan pada masa hadapan antara UK dan EU akan bermula secepat mungkin selepas perjanjian tersebut mendapat persetujuan daripada parlimen UK dan EU.

Sebagaimana menurut Johnson bahawa sekarang adalah detik penting untuk kedua-dua belah pihak untuk selesaikan isu Brexit dan kemudian mula berkerjasama dalam membangunkan jalinan kerjasama.

Pada ketika ini apa yang penting ialah, Johnson mesti mendapat kelulusan untuk pernjanjian dalam sesi parlimen pada hari Sabtu ini.

Disisi lain, Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara berkata bahawa perbincangan dengan kerajaan masih dijalankan namun, mereka tidak dapat menerima cadangan terbaru Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson mengenai Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat