Britain Dapat ‘Durian Runtuh’ Selepas Perjanjian Brexit?

618

Pada hari Khamis, pentadbiran Britain telah mengeluar kenyataan bahawa keputusan mereka untuk menangguhkan pembalasan tarif terhadap Amerika Syarikat membuahkan hasil. Hal ini kerana Amerika Syarikat telah memilih untuk mengecualikan Britain dari senarai kenaikan tarif A.S dimana ia akan dikenakan ke atas produk Perancis dan Jerman.

Pentadbiran UK turut berpendapat bahawa UK akan menggunakan kebebasan yang dikecapi hasil daripada persetujuan perjanjian yang dicapai bersama Brexit dengan mengugurkan dasar perdagangan yang digunakan EU semasa menjalin hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

UK telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pembalasan tarif yang menjadi pertikaian 16 tahun mengenai subsidi pesawat. Pentadbiran A.S. pada hari Rabu mengatakan akan menaikkan tarif pada produk tertentu EU, termasuk komponen pesawat terbang dan arak dari Perancis dan Jerman, dengan alasan bahawa EU telah mengenakan kadar tarif yang tidak adil.

Pegawai Britain mengatakan bahawa UK tidak dikenakan tarif adalah kerana UK telah mengambil keputusan penangguhan tarif dan telah melakukan rundingan perdagangan dengan A.S. Atas dasar itu dapat dikatakan bahawa UK telah melakukan keputusan yang strategik.

Amerika Syarikat dan EU telah saling mengenakan tarif ke atas barangan yang berbilion-bilion dolar. Penganalisis berpendapat bahawa keputusan Britain untuk menggantung tarif barang A.S. mulai 1 Januari, sebaik sahaja Britain meninggalkan EU itu turut mempunyai risiko sendiri seperti kemungkinan berlakunya pergolakan antara UK dan Eropah.

Matawang GBP masih mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.21% pada paras tukaran 1.3651 setakat jam 9.50 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat