Britain Pergiat Persiapan Hadapi Situasi No-Deal Brexit

756

Selepas keputusan mesyuarat FOMC diumumkan, tumpuan pasaran akan beralih pula kepada mesyuarat polisi monetari bank pusat England pada jam 7 petang ini.

Bank of England (BOE) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% namun berkemungkinan menggugurkan isyarat kenaikan kadar berikutan dipengaruhi faktor Brexit. Pertumbuhan yang perlahan serta risiko ke arah situasi Brexit tanpa perjanjian (no-deal Brexit) bakal memberi impak terhadap keputusan bank pusat.

Acara yang digelar “Super Thursday” pada hari ini akan melihatkan bank pusat menerbitkan laporan inflasi suku tahunan dan persidangan akan diketuai oleh Gabenor Mark Carney.

Beralih pada perkembangan Brexit pula, Britain dilaporkan sedang mempertingkatkan persiapan berdepan situasi no-deal Brexit dengan memperuntukkan tambahan 2.1 bilion pound untuk memastikan negara bersedia untuk berundur dari Kesatuan Eropah (EU) dengan atau tanpa perjanjian, pada penghujung Oktober nanti.

Perdana Menteri Boris Johnson yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada minggu lalu telah bertekad untuk meninggalkan blok perdagangan tersebut walaupun tanpa perjanjian dalam masa tiga bulan melainkan EU bersetuju untuk kembali merundingkan semula perjanjian yang dimeterai bersama pemimpin sebelum ini, Theresa May.

Kementerian telah menegaskan bahawa elemen penting dalam perjanjian pengunduran iaitu isu kawal sempadan Ireland perlu dirundingkan, sesuatu yang diulangi oleh EU bahawa mereka tetap tidak akan bersetuju.

Dalam pengumuman pertama dalam polisi utama, Menteri Kewangan yang baru iaitu Sajid Javid mengatakan dana tambahan diperuntukkan untuk menampung kempen pengiklanan ke seluruh negara, memastikan bekalan ubat-ubatan penting, membantu rakyat Britain yang sedang menetap di luar negara serta mempertingkatkan infrastruktur di sekitar pelabuhan.

Beliau berkata, dalam tempoh kurang 100 hari lagi sebelum Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah, adalah penting untuk mereka mempergiatkan perancangan untuk memastikan mereka betul-betul bersedia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat