BTC Dijangka Meroket Menuju $30,000 Dalam Masa Terdekat?

266

“Agaknya harga BTC boleh tak naik $30K sebelum raya?

Susulan sejak kebelakangan ini krisis perbankan semakin berleluasa, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya menggunung 29% mencapai paras $28,000 dalam tempoh 30 hari lalu apabila pelabur mula beralih ke aset digital.

Pelabur pada masa ini turut teruja untuk menunggu harga BTC mencapai $30,000, iaitu paras paling sukar untuk ditembusi.

Hal ini kerana jumlah Open Interest dalam kontrak BTC Options* bernilai sekitar $10.3 bilion buat kali pertama telah mengatasi kontrak hadapan yang hanya berjumlah $10 bilion.

*Menjumlahkan semua open position, tidak kira sama ada ia long atau short

Selain Futures Open Interest didapati tidak berubah pada tahun 2023, peningkatan baru-baru ini dalam call options signals telah menjadi sebab kebanyakan pelabur meramalkan bahawa harga BTC bakal melonjak lebih tinggi pada masa hadapan.

Menurut Michael van de Poppe, penganalisis kripto popular berkata BTC mungkin akan membuat pergerakan mendatar terlebih dahulu sebelum mencanak, di mana aset digital itu sejak beberapa hari lalu berlegar pada paras harga yang sama.

Tambahnya lagi, $27,600 adalah paras sokongan kuat BTC yang perlu diperhatikan dan aset digital tersebut yang didagangkan pada harga $16,547 semasa awal tahun 2023 berpotensi untuk melihat kenaikan drastik pada masa hadapan.

Sebagai rekod, BTC secara berterusan meningkat sedikit demi sedikit sehingga melebihi paras harga $28,000 pada 20 Mac 2023, namun masih membuat pergerakan turun naik antara $27,000 hingga $29,000.

Setakat penulisan ini, harga BTC mendaki sebanyak 1.49% pada paras $28,381 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $548 bilion dan mencatatkan keuntungan sekitar 0.71% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat