BTC Diramal Bakal Tembus $45K Pada Awal 2024?

427

“Lama lagi 2024 nak tiba, tapi sekarang harganya nak ke mana sebab awal minggu pun dah naik tinggi.”

Perbincangan tentang kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF semakin rancak dibicarakan di kalangan para pelabur mata wang kripto, jadi persoalannya sekarang adakah aset digital itu dapat mencapai $45,000 pada awal tahun 2024?

Hal ini kerana harga BTC telah berjaya menembusi $30,000 dalam masa 30 minit sahaja sejurus selepas terdapat laporan palsu yang mengatakan spot BTC ETF sudah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Memang tidak dinafikan kripto mampu berdiri sendiri dari segi daya tarikan dan pengiktirafan arus perdana, tetapi harganya mampu menuju ke fasa berbeza di tengah-tengah pasaran aset digital mengalami perubahan pada tahun ini.

Bagaimanapun, harga BTC boleh mencecah $45,000 pada permulaan tahun 2024 jika jangkaan Mike Novogratz, Coinbase dan JP Morgan menjadi kenyataan, di mana mereka berpandangan spot BTC ETF akan diluluskan pada tahun 2023.

Menerusi pemerhatian, kelulusan spot BTC ETF adalah antara faktor penting yang dapat mendorong harganya melepasi $30,000, tetapi perlu diingatkan bahawa aset digital itu mungkin akan melakukan pergerakan turun naik jangka pendek terlebih dahulu sebelum naik.

Oleh demikian, pelabur perlu memerhatikan zon rintangan $30,000 susulan ia sangat penting untuk menentukan sama ada BTC dapat tembus $31,000 yang dapat memberi peluang pada harganya mendaki lagi tinggi sekiranya boleh melepasi paras itu.

Menurut ramalan CoinCodex pula, harga BTC boleh mencecah $36,753 menjelang akhir Oktober 2023 kemudian meneruskan kenaikannya sehingga $40,000 jika spot BTC ETF diluluskan dalam masa terdekat ini.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.25% pada paras $30,317 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $591 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 11.45% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat