BTC Kekal Mendominasi Altcoin Di Tengah Pasaran Kripto Yang ‘Mendung’!

362

Harga Bitcoin didagangkan pada paras $70,000 selepas gagal mengatasi paras $71,000 dan akhirnya menyebabkan paras harga BTC  ditarik ke paras bawah $70,000 sebelum kembali melonjak.

Walau bagaimanapun, altcoin telah merosot lebih jauh dalam skala harian, yang telah mendorong dominasi BTC hampir ke 50%.

Harus dimaklumi bahawa mata wang kripto utama menambah lebih tujuh ribu dolar pada pertengahan minggu lalu selepas mesyuarat FOMC. Walau bagaimanapun, kenaikan itu hanya berlangsung sebentar, dan aset tersebut dengan cepat kembali ke $62,500 menjelang Jumaat.

Pasaran bull mencuba mendapatkan semula beberapa posisi yang dikecapi semasa hujung minggu, dan percubaan tersebut dilihat berjaya apabila BTC naik setinggi paras $66,000. Walau bagaimanapun, kejatuhan tersebut hanya sebentar, landskap pasaran mula berubah dan Bitcoin mula mendapat daya tarikan pada hari Isnin.

BTC telah berjaya mendorong lebih tinggi lagi dan menyentuh puncak beberapa minggu sebanyak $71,600 di tengah aliran dana ETF yang meningkat. Waima mata wang kripto utama itu gagal mencapai misinya untuk menembusi rekod tertinggi sejak 14 Mac sebanyak $73,800 namun ia dilihat satu perkembangan yang positif.

Modal pasaran BTC telah jatuh di bawah $1.4 trilion. Walaupun begitu, dominasinya ke atas altcoin telah meningkat hampir 1% dalam beberapa hari kebelakangan ini dan meningkat ke 49.8%.Para trader harus mengetahui bahawa harga BTC memang telah menurun sedikit akan tetapi dominasinya berbanding altcoin kekal meningkat.

Modal pasaran kripto secara  keseluruhan telah kehilangan lebih daripada $50 bilion sejak puncak semalam dan turun ke jauh di bawah $2.8 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat