BTC Meletup Pada Pembukaan Tahun 2024! Paras $46k Jadi Sasaran Baru

307

Selepas beberapa hari didagangkan mendatar di sekitar $42,000, Bitcoin akhirnya memulakan tahun baru dengan kejutan melalui catatan lonjakan hampir mencapai $46,000 untuk pertama kalinya sejak April 2022.

Dengan lonjakan BTCC, altcoin juga mengikut trend dalam kenaikan ini, dengan SOL dan AVAX melonjak dua digit dan modal pasaran kripto keseluruhan meningkat kira-kira $100 bilion dalam waktu 24 jam. Selepas mula bangkit pada suku terakhir tahun 2023, BTC kembali tenang sepanjang cuti perayaan dan kekal dalam julat yang ketat antara $42,000 dan $43,000 selama seminggu lebih. Lebih-lebih lagi, aset ini beberapa kali cuba memecahkan  di bawah garis sokongan tetapi berjaya mengekalkan prestasi positifnya pada akhirnya.

Namun, semuanya berubah pada awal hari ini. Pasaran kripto ini memulakan langkah melonjak ke atas yang menghasilkan lonjakan paras $44,000. Pagi Selasa membawa lebih banyak kegembiraan bagi para pedagang apabila BTC melonjak ke dan melebihi $45,000 untuk pertama kalinya dalam hampir dua tahun.

Semasa penulisan BTC mencatat puncak paras harga pada $45,900 sebelum kembali pada 45,769. Berdasarkan pergerakan, komuniti melihat adanya optimis dalam pasaran dan bersedia untuk mendorong harga melepasi paras  $46,000 dan seterusnya.  Ini menghasilkan pertumbuhan besar bagi modal pasaran BTC, yang kini hampir mencapai $900 bilion di CMC. Dominasi Bitcoin terhadap altcoin juga meningkat kepada 50.9%.

Kebanyakan altcoin berwarna hijau hari ini, termasuk ETH (6%), BNB (2.5%), XRP (2.4%), ADA (5%), DOGE (5%), DOT (6%), dan MATIC (5%). Walau bagaimanapun, terdapat juga yang mencatatkan keuntungan lebih mengagumkan. Antaranya, Solana dan Avalanche. SOL telah meneruskan lonjakan yang baru-baru ini dan melonjak sebanyak 13% kepada $115. AVAX meningkat sebanyak 11% dan diperdagangkan jauh di atas $40.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat