BTC Tenggelam Dalam Lautan Merah! Jualan Beterusan Mula Berlaku Dalam Kalangan Pelombong BTC?

536

Kejatuhan harga bitcoin baru-baru ini telah membawa malapetaka kepada para pelombong bitcoin. Rentetan daripada peristiwa yang menimpa bursa kripto FTX, kelompok pelombong kripto terpaksa mengambil langkah dengan menjual pegangan mereka bagi menampung perbelanjaan.

Tiga minggu yang lalu,pelombong Bitcoin (BTC) telah meningkatkan tekanan jualan mereka sebanyak 400%. Petunjuk ini telah mencapai paras tertinggi baharu yang tidak dilihat sejak bahagian bawah kitaran 2015, hampir 7 tahun lalu.

Charles Edwards, pengasas Capriole Investments, Bitcoin kuantitatif dan dana aset digital mendedahkan mengenai cabaran dan kesusahan yang di alami perlombongan BTC.

Edwards membentangkan carta yang menunjukkan harga Bitcoin (BTC), perbelanjaan perlombongan (skala log), dan jumlah Bitcoins (BTC) yang dijual oleh pelombong. Indikasi-indikasi terbaru menggambarkan keseluruhan segmen mengalami masa yang sukar.

 

Menurutnya, jika harga Bitcoin tidak bertambah baik dalam beberapa minggu akan datang, ramai pelombong akan terpaksa menghentikan operasi kerana kerugian besar.

Beliau berhujah strategi melombong dan memegang bukanlah strategi yang mampan untuk pelombong Bitcoin. Pelombong terpaksa membayar akibat daripada mengamalkan strategi tersebut sebelum ini. Beliai berpandangan bahawa pelombong seharusnya berdagang secara berterusan dalam pasaran ini.

Tambahan pula, tempoh yang sukar ini menunjukkan bahawa perlombongan Bitcoin tidak lagi boleh dianggap sebagai “pendapatan pasif.” Pelombong harus menilai semula strategi mereka untuk mengelak daripada menjadi muflis.

Charles Edwards melaporkan awal bulan ini bahawa Bitcoin (BTC) nampaknya mengalami penjualan yang teruk. Berdasarkan laporan, firma perlombongan Australia, Iris Energy, terpaksa menutup operasi kerana gagal membayar pinjaman kerana aliran tunai yang tidak mencukupi. Ini menjadikan cabaran dan kesukaran lebih jelas, yang boleh mempengaruhi dalam beberapa minggu akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat