Bukan 100 Tapi 150 Pekerjaan Moderna Tawarkan Menjelang 2023

96

‘Macam bagi tanda-tanda Covid nak datang balik je ni.’

Sungguhpun gelombang Covid-19 mereda, ia tidak menghalang syarikat pengeluar vaksin Amerika Syarikat (AS) Moderna Inc untuk menubuhkan fasiliti baru di United Kingdom (UK).

Mengiringi berita penubuhan itu, Moderna juga bakal mencipta dan menawarkan 150 pekerjaan baru di Britian.

Ulas jurucakap kerajaan bahawa fasiliti yang berperanan sebagai pusat pembuatan itu akan mula beroperasi menjelang 2025 dan bakal menghasilkan kira-kira 250 juta vaksin setiap tahun.

Tambah jurucakap itu lagi bahawa syarikat telah melaburkan hampir $1.33 bilion untuk penyelidikan dan pembuatan di Britian sebelum ini, serta mengharap kerjasama 10 tahun tersebut mampu mencari penyelesaian ancaman pandemik.

Umumnya, Moderna telah menghasilkan vaksin dengan menggunkan teknologi RNA (mRNA) yang menjadi pilihan utama Britain dalam menangani krisis Covid-19 selama 2 tahun lepas.

Dan penubuhan fasiliti itu diharap dapat meningkatkan lagi penghasilan serta penyelidikan dan pembuatan termasuk ujian klinikal terhadap lebih banyak vaksin bagi menentang penemuan virus-virus bermutasi baharu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat