Bukan Suku Kedua Terbaik Bagi Oriental Food, Untung Bersih Susut 75%

251

Pengeluar makanan ringan dan gula-gula, Oriental Food Industries Holdings Bhd mencatatkan penurunan pada kadar keuntungan bersih bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021.

Pada 11.18 pagi, harga saham Oriental Food menyusut 4 sen atau 0.77% kepada RM5.13 setelah mencapai paras RM5.17 semasa ditutup pada Khamis.

Keuntungan bersih Oriental Food menyusut 75% kepada RM1.08 juta berbanding RM4.34 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Penyusutan kadar keuntungan itu disebabkan oleh perolehan yang lebih rendah dan margin keuntungan kasar di tengah-tengah kos operasi yang lebih tinggi.

Manakala pendapatan syarikat juga turun 18.22% kepada RM60.21 juta daripada RM73.62 pada sebelum ini dan pendapatan sesaham berjumlah 0.45 sen berbanding RM1.81.

Kumpulan itu berkata pengeluarannya berjalan pada kapasiti 60% bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Selain itu, Oriental Food juga mengalami penghentian kadar pengeluaran selama dua minggu seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan bagi tujuan pembersihan.

Meskipun begitu, kumpulan itu berharap agar prestasi syarikat dapat kembali positif bagi suku yang akan datang di sebalik pelbagai cabaran yang dialami.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat