Bullish Bitcoin Kali Ini Berbeza, Tapi Satu Perkara Tetap Sama!

1,632

“Hmm agak-agak apa benda yang sama tu, entah-entah korang semua pun tak jangkakan?”

Joe Weisenthal dari Bloomberg berpendapat komuniti mata wang kripto kini lebih tertumpu pada aliran sektor dan bukannya naratif tentang bagaimana kewangan decentralized atau Web3 bakal merevolusikan kewangan tradisional.

Antara punca yang mendorong momentum bullish adalah harganya menggunung sungguhpun terdapat tanda-tanda kekuatan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil Perbendaharaan, berbanding 2020 hingga 2021 apabila kedua-duanya makin melemah.

Namun, satu perkara tetap sama seperti bull run sebelum ini adalah kenaikan terkini disertai keyakinan ditujukan pada saham teknologi di Wall Street yang dicirikan oleh keuntungan dalam nisbah antara Indeks Nasdaq 100 berteknologi tinggi, S&P 500 dan nisbah NDX-SPX.

Hal ini kerana Bitcoin (BTC) berjaya mencapai paras tertinggi sepanjang masanya $69,000 selepas nisbah NDX-SPX menetapkan paras tertinggi seumur hidup baharu sebanyak 3.6 pada akhir Januari 2024 dan perlu diketahui coraknya serupa seperti yang pernah dilihat antara 2020 serta 2021.

Perlu diperhatikan juga bagaimana BTC dan nisbah NDX-SPX memuncak tinggi pada penghujung tahun 2021, tetapi kedua-duanya mula melihat momentum bearish pada bulan-bulan berikutnya yang akhirnya merosot pada Disember 2022.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa traders ingin memerhatikan nisbah NDX-SPX secara teliti susulan kelemahan relatif dalam saham teknologi mungkin mempengaruhi BTC termasuk pasaran kripto yang lebih luas.

Suka dimaklumkan pengurangan bekalan akibat acara halving BTC yang akan berlaku pada April 2024 dan peningkatan permintaan daripada ETF bakal mendorong BTC untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi pada $150,000.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.50% pada paras $67,106 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 9.66% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat