Bursa Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Penuh Bergaya

223

Sesi dagangan Bursa Malaysia mengekalkan momentum rali untuk hari ke-5 berturut-turut selepas menjejaki prestasi memberangsangkan Wall Street ekoran data korporat yang kukuh.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.66 mata pada 1,454.98 daripada penutupan Khamis pada 1,450.09.

Indeks dibuka kukuh 0.77 mata pada 1,451.09.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 172 mengatasi kaunter rugi pada 123, manakala 206 kaunter pula tidak berubah, 1,797 tidak didagangkan dan 8 digantung.

Jumlah perolehan pada 145.83 juta unit bernilai RM57.16 juta.

Ulas nota Malacca Securities Sdn Bhd, rentetan daripada laporan korporat yang memberangsangkan telah memulihkan sentimen dan melimpah ke pasaran tempatan.

Hujahnya, sektor teknologi terus menjadi perhatian ekoran momentum lantunan Wall Street dengan pelabur mungkin berpihak kepada saham automotif selepas Persatuan Automotif Malaysia (MMA) menaikkan unjurannya.

Selain itu, firma tersebut menyatakan juga bahawa mungkin terdapat aktiviti bargain-hunting terhadap sektor tenaga dengan harga minyak mentah menurun.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd naik 5 sen pada RM8.75, Public Bank Bhd capai 3 sen pada RM4.47, IHH Healthcare Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd tambah 2 sen masing-masing pada RM6.49 dan RM5.18 sementara Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 8 sen pada RM8.64.

Saham aktif memperlihatkan Cypark Resources Bhd turun 1 sen pada 34.5 sen dan Bintai Kinden Corporation Bhd susut 0.5 sen pada 4.5 sen sementara Sarawak Consolidated Industries Bhd dan ATA IMS Bhd tambah 1 sen pada 17 sen dan 31 sen manakala Widad Group Bhd lonjak 0.5 sen pada 38.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 28.01 mata pada 10,329.92, indeks FBM Emas Shariah menambah 12.15 mata pada 10,421.9, FBM 70 menokok 54.75 mata pada 12,438.84, indeks FBMT 100 mencapai 27.31 mata pada 10,086.41 dan FBM ACE memacu 13.01 mata pada 4,756.1.

Segi sektor, indeks Perladangan mengurang 11.22 mata pada 6,887.31, indeks Tenaga melemah 0.61 mata pada 636.23, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.45 mata pada 176.53 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 70.15 mata pada 16,286.57.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat