Bursa Akhiri Minggu Dengan Pembukaan Negatif, Mengundurkan Keuntungan

118

Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini pada nota negatif, mengundurkan keuntungan semalam ekoran aktiviti profit-taking terhadap wajaran tinggi terpilih dengan berlatar belakang prestasi Wall Street bercampur.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.41 mata pada 1,502.30 daripada penutupan Khamis pada 1,507.71.

Indeks dibuka lemah 2.64 mata pada 1,505.07.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 146 mengatasi kaunter untung pada 110, manakala 195 kaunter pula tidak berubah, 1,796 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 151.70 juta unit bernilai RM45.21 juta.

Ulas Malacca Securities Sdn Bhd, laporan pendapatan korporat yang bercampur menyebabkan indeks Wall Street akhir sesi dagangan sedikit lemah selain faktor laporan data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan hari ini.

Sungguhpun begitu, firma meramalkan sentimen akan terus kekal positif pada sesi dagangan hari ini menjelang musim laporan pendapatan syarikat tempatan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd, IHH Healthcare Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 2 sen pada RM8.88, RM6.44 dan RM5.23, Public Bank Bhd hilang 1 sen pada RM4.64 sementara Petronas Chemicals Group Bhd kekal pada RM8.86.

Saham aktif memperlihatkan Euro Holdings Bhd naik 3.5 sen pada 19.5 sen, Unique Fire Holdings Bhd susut 4.5 sen pada 21.5 sen, CSH Alliance Bhd turun 0.5 sen pada 4.5 sen sementara TWL Holdings Bhd dan MQ Technology Bhd kekal pada 6.5 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah menurun 37.5 mata pada 10,830.23, indeks FBMT 100 mengurang 29.32 mata pada 10,414.52, indeks FBM Emas menyusut 27.72 mata pada 10,666.56 dan FBM 70 merendah 3.01 mata pada 12,801.26 sementara FBM ACE mencanak 2.31 mata pada 4,887.59.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 11.96 mata pada 16,653.25, indeks Produk dan Perkhidmatan menurun 0.39 mata pada 185.58, indeks Tenaga menyusut 2.29 mata pada 658.78 dan indeks Perladangan melemah 31.83 mata pada 7,052.16.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat