Bursa Bermula Lemah Pada Awal Minggu Ekoran Aktiviti Pengambilan Untung

117

Sesi dagangan Bursa Malaysia bermula lemah ekoran aktiviti pengambilan untung (profit-taking) selepas menjejaki Wall Street dan catatan keuntungan pasaran tempatan minggu lalu.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.56 mata pada 1,463.24 daripada penutupan Jumaat pada 1,465.8.

Indeks dibuka kukuh 0.77 mata pada 1,451.09.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 255 mengatasi kaunter untung pada 120, manakala 224 kaunter pula tidak berubah, 1,697 tidak didagangkan dan 26 digantung.

Jumlah perolehan pada 204.87 juta unit bernilai RM85.73 juta.

Ulas nota Malacca Securities Sdn Bhd, di pasaran meluas mungkin berada dalam aliran positif dalam jangka terdekat ekoran penurunan ketara dalam tempoh 2 minggu lalu.

Selain itu, firma turut menyenaraikan mesyarat Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) sebagai tumpuan utama pelabur minggu ini.

Dalam pada itu, kejatuhan Nasdaq mungkin memberi kesan kepada sektor teknologi sementara kaunter perbankan dan saham pengguna dijangka menjadi pilihan sebelum musim laporan pada Ogos.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd turun 2 sen pada RM8.79, Public Bank Bhd susut 1 sen pada RM4.56 dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 3 sen pada RM5.22 sementara Petronas Chemicals Group Bhd capai 4 sen pada RM8.64 dan IHH Healthcare Bhd tambah 1 sen pada RM6.49.

Saham aktif memperlihatkan Top Glove Corp Bhd maju 3.5 sen pada RM1.03, Careplus Group Bhd dan Supermax Corporation Bhd lonjak 2 sen pada 44 sen dan 84 sen manakala BSL Corporation Bhd kurang 0.5 sen pada 9 sen dan Borneo Oil Bhd kekal pada 2.5 sen.

Di papan indeks,  indeks FBM Emas menurun 24.61 mata pada 10,371.47, indeks FBM Emas Shariah Index mengurang 25.19 mata pada 10,436.55, FBM 70 melemah 50.87 mata pada 12,399.16, indeks FBMT 100 menyusut 23.28 mata pada 10,130.56 dan FBM ACE menurun 57.84 mata pada 4,731.33.

Segi sektor, indeks Perladangan mengurang 3.25 mata pada 6,863, indeks Tenaga melemah 4.23 mata pada 638.61, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.27 mata pada 176.77 dan indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 28.87 mata pada 16,420.82.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat