Bursa Berundur Selepas Gagal Pamer Persembahan Cemerlang

191

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 0.14 mata pada 1,583.08 daripada penutupan Rabu pada 1,583.22.

Indeks dibuka kukuh 1.95 mata pada 1,585.17.

Ia dibuka tinggi kemudian berundur selepas menjejaki prestasi lemah Wall Street ekoran sentimen pasaran kekal bimbang mengenai krisis Rusia-Ukraine.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 156 berbanding 110, manakala 233 kaunter pula tidak berubah, 1,777 tidak didagangkan dan 73 digantung.

Jumlah perolehan pada 127.64 juta unit bernilai RM52.42 juta.

Naib Presiden penyelidik ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati ekoran kekurangan pemangkin pembelian walaupun aliran masuk bersih berterusan daripada dana asing sebanyak RM6.3 bilion tahun setakat ini.

Selain itu, mereka menjangkakan indeks mungkin berada pada paras 1,580-1,590 pada harini semasa berlaku pengumpulan berterusan oleh dana asing.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 2 sen pada RM8.90, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 1 sen pada RM9.57 dan Public Bank Bhd kekal pada RM4.65 sementara CIMB Group Holdings Bhd hilang 3 sen pada RM5.30 dan IHH Healthcare Bhd jatuh 4 sen pada RM6.12.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd dan Mieco Chipboard Bhd kekal pada 4 sen dan 62.5 sen sementara Capital A Bhd, Yong Tai Bhd dan TWL Holdings Bhd capai 0.5 sen pada 75.5 sen, 11.5 sen dan 7 sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 6.17 mata pada 13,745.10 dan indeks FBMT 100 menambah 0.45 mata pada 11,022.95 sementara indeks FBM Emas menurun 1 mata pada 11,336.40, indeks FBM Emas Shariah mengurang 5.15 mata pada 11,894.13 dan FBM ACE menyusut 7.25 mata pada 5,594.22.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.09 mata pada 203.91 manakala indeks Perladangan memotong 11.64 mata pada 7,949.83 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 23.02 mata pada 16,717.66.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat