Bursa Catat Keuntungan Sederhana Pada Awal Pagi

117

Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bertambah 0.47 mata pada 1,494.50 daripada penutupan Rabu pada 1,494.03.

Ia dibuka pada nota positif menentang momentum aliran menaik Wall Street tetapi aktiviti kekal lembap di dalam negara.

Indeks dibuka 0.97 mata pada 1,493.06.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 205 berbanding 131, manakala 242 kaunter pula tidak berubah, 1,719 tidak didagangkan dan 51 digantung.

Jumlah perolehan pada 300.26 juta unit bernilai RM104.05 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan sentimen kekal optimis dengan berhati-hati sementara pasaran memantau varian Omicron Covid-19 dan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu depan.

Tambahnya lagi, pasaran domestik mungkin akan terus menyaksikan aktiviti pemburuan saham murah dan aktiviti pembelian saham berpotensi tinggi menjelang akhir tahun.

Pasaran komoditi memperlihatkan harga minyak terus berada di paras US$75 atau RM316.26 setong manakala pasaran minyak sawit mentah menunjukkan penurunan sederhana.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan IHH Healthcare Bhd naik 4 sen pada RM6.59 sementara Axiata Group Bhd, Dialog Group Bhd dan Genting Bhd masing-masing tambah 1 sen pada RM3.73, RM2.48 dan RM4.50.

RHB Bank Bhd menokok 5 sen pada RM5.43 sementara Top Glove Corp Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) dan Sime Darby Plantation Bhd masing-masing mencanak 2 sen pada RM2.46, RM8.45 dan RM3.78.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd dan MMAG Holdings Bhd kekal pada 5.5 sen dan 9.5 sen.

G3 Global Bhd menurun 3 sen pada 12 sen dan ATA IMS Bhd menyusut 0.5 sen pada 49 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 7.88 mata pada 10,908.05, indeks FBMT 100 bertambah 8.71 mata pada 10,610.56 dan indeks FBM Emas Shariah mencanak 22.36 mata pada 11,786.44.

FBM 70 melonjak 32.92 mata pada 14,147.49 dan FBM ACE memacu 1.13 mata pada 6,290.43.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan naik 0.41 mata pada 193.83, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 25.48 mata pada 15,140.91 dan indeks Perladangan naik 4.02 mata pada 6,434.11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat