Bursa Dalam Aliran Turun, Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

163

Pada jam 9.22 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 0.98 mata pada 1,549.28 daripada penutupan Isnin pada 1,550.17.

Indeks dibuka 1.16 mata pada 1,549.01.

Ia dibuka rendah ekoran aktiviti pengambilan untung sederhana bagi beberapa saham wajaran tinggi terpilih.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 289 berbanding 175, manakala 336 kaunter pula tidak berubah, 1,467 tidak didagangkan dan 15 digantung.

Jumlah perolehan pada 625.64 juta unit bernilai RM207.97 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan menjejaki prestasi di pasaran Wall Street, ia dijangkakan terdapat penjualan mendadak pada Selasa kerana pasaran meletakkan harga dalam risiko ekoran kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, firma tersebut optimis aktiviti buru tawar akan muncul semula bagi menyokong wajaran tinggi sementara pemain pasaran akan terus meneliti data kadar inflasi AS pada Rabu.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd susut 1 sen pada RM8.33 dan RM5.66, IHH Healthcare Bhd jatuh 3 sen pada RM6.65, Public Bank Bhd kekal pada RM4.18 dan Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) naik 2 sen pada 27.5 sen.

Saham aktif memperlihatkan MMAG Holdings Bhd dan Key Alliance Group Bhd hilang 0.5 sen pada 9.5 sen dan 1 sen, Techna-X Bhd susut 1 sen pada 8.5 sen dan AHB Holdings macu 2 sen pada 27.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 14.10 mata pada 11,216.59, FBM Emas Shariah jatuh 29.43 mata pada 11,997.21, FBM 70 kuncup 49.18 mata pada 14,173.18, indeks FBMT 100 susut 11.41 mata pada 10,909.72 dan FBM ACE kuncup 35.74 mata pada 6,718.15.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat