Bursa Dalam Fasa Pemulihan Dari Penyusutan Semalam

142

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 6.79 mata pada 1,490.24 daripada penutupan Isnin pada 1,483.45.

Ia dibuka menaik dalam fasa pemulihan dari kerugian saham wajaran tinggi pada hari Isnin apabila pelabur bersiap sedia untuk beralih ke tempoh lebih baik pada hujung tahun.

Indeks dibuka 1.49 mata pada 1,484.94.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 274 berbanding 127, manakala 236 kaunter pula tidak berubah, 1,649 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 339.5 juta unit bernilai RM151.1 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan lantunan semalaman positif pada Wall Street berkenaan varian Omicron yang bergejala ringan mungkin telah memberi sokongan belian untuk ekuiti tempatan.

Tambahnya lagi, pelabur mungkin memberi tumpuan pada nilai saham dan saham wajaran dengan idea aktiviti pemulihan sementara harga minyak mentah yang kukuh mungkin menyokong saham tenaga bagi jangka masa terdekat.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank, Axiata Group Bhd dan Tenaga Malaysia Bhd (TNB) meningkat 6 sen pada RM3.94, RM3.71 dan RM9.08.

Malayan Banking Bhd (Maybank), IHH Healthcare Bhd dan Telekom Malaysia (TM) bertambah 5 sen pada RM8.04, RM6.60 dan RM5.36.

Sementara itu, Top Glove Bhd menurun 12 sen pada RM2.45 dan Hartalega Holdings Bhd menyusut 15 sen pada RM5.94.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd susut 2 sen pada 6 sen, Impiana Hotels Bhd tambah 0.5 sen pada 9.5 sen dan KNM Group Bhd jatuh 0.5 sen pada 14.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 48.97 mata pada 10,858.91, indeks FBMT 100 bertambah 48.77 mata pada 10,567.70 dan indeks FBM Emas Shariah mencanak 32.60 mata pada 11,743.63.

FBM 70 melonjak 67.24 mata pada 14,040.13 dan FBM ACE memacu 20.02 mata pada 6,233.04.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan naik 0.35 mata pada 191.41, indeks Perkhidmatan Kewangan tambah 85.47 mata pada 15,053.18 dan indeks Perladangan naik 8.28 mata pada 6,402.43.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat